Majlis Menyambut Menantu antara Noor Shahrizal & Nurul Syuhaidah telah selamat berlansung di Kg. Sg. Padang Endau, Johor dalam suasana yang meriah pada 25 Januari 2009. Terima kasih Pn. Hjh. Rokiah sekeluarga serta saudara Azeli Azman serta isteri beliau Pn. Norshaleyna Hj Mohamad.
Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi jurufoto rasmi bagi pasangan ini setelah memberikan perkhidmatan semasa majlis pertunangan mereka yang lalu. Pasangan Norlie & Nazri telah selamat menyempurnakan majlis perkahwinan mereka pada 20 Oktober 2008 di Rompin, Pahang.
Tanggal 8 & 9 Ogos 2008 lalu pasangan Nur Aizah & Zulkhairi telah selamat diijab kabulkan dalam suasana penuh kemeriahan. Selepas upacara akad nikah kedua mempelai disandingkan untuk upacara berinai pula. Keesokkan harinya diadakan majlis persandingan dan makan beradap.
Bibit cinta antara jejaka keturunan Arab dan pasangannya seorang gadis Melayu telah mengikat mereka hingga ke jinjang pelamin. Farhan & Izura telah disambut mesra oleh keluarga pihak lelaki dalam Majlis Menyambut Menantu pada 5 Julai 2008.
Pengantin perempuan ini telah disolekkan sendiri oleh abang beliau; cantikkan. Gadis bertuah ini, Jee dan pasangannya Saipul telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Jun 2008 dan abang beliau bertindak sebagai "wedding planner".
Majlis yang diadakan secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara dan sahabat handai dari jauh dan dekat. Majlis Perkahwinan antara Aida & Hisyam selamat sempurna pada 25 Mei 2008.