Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Selasa, 9 Disember 2008

Norlie & Nazri




Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi jurufoto rasmi bagi pasangan ini setelah memberikan perkhidmatan semasa majlis pertunangan mereka yang lalu. Pasangan Norlie & Nazri telah selamat menyempurnakan majlis perkahwinan mereka pada 20 Oktober 2008 di Rompin, Pahang.

Safiah & Muhayat



Safiah & Muhayat telah melansungkan majlis perkahwinan mereka pada 17 Ogos 2008 di Bukit Pedoman, Mersing.

Nurul Mokhtar


15 Ogos 2008 pasangan ini selamat diijab kabulkan dan pada 16 Ogos 2008 diadakan pula majlis persandingan di Taman Seri Mersing, Mersing, Johor.

Nur Aizah & Zulkhairi

Tanggal 8 & 9 Ogos 2008 lalu pasangan Nur Aizah & Zulkhairi telah selamat diijab kabulkan dalam suasana penuh kemeriahan. Selepas upacara akad nikah kedua mempelai disandingkan untuk upacara berinai pula. Keesokkan harinya diadakan majlis persandingan dan makan beradap.

Farhan & Izura

Bibit cinta antara jejaka keturunan Arab dan pasangannya seorang gadis Melayu telah mengikat mereka hingga ke jinjang pelamin. Farhan & Izura telah disambut mesra oleh keluarga pihak lelaki dalam Majlis Menyambut Menantu pada 5 Julai 2008.

Norlie & Nazri

Majlis Pertunangan antara Norlie & Nazri ini berlangsung di Rompin, Pahang pada 15 Jun 2008.

Jee & Saipul

Pengantin perempuan ini telah disolekkan sendiri oleh abang beliau; cantikkan. Gadis bertuah ini, Jee dan pasangannya Saipul telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Jun 2008 dan abang beliau bertindak sebagai "wedding planner".

Aida & Hisyam

Majlis yang diadakan secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara dan sahabat handai dari jauh dan dekat. Majlis Perkahwinan antara Aida & Hisyam selamat sempurna pada 25 Mei 2008.

Isnin, 8 Disember 2008

Fidah & Fuad

25 & 26 Mei 2008 merupakan majlis perkahwinan dua anggota Polis yang sedang berkhidmat di Kuala Lumpur.

Atim & Man

Suasana majlis penuh warna warni menarik para hadirin. Sama cantik, sama padan, pasangan Atim & Man. 7 & 8 Mac 2008

Noraliza & Halip

Satu lagi majlis perkahwinan di Felda Nitar 2 antara Noraliza & Halip. Majlis meriah dengan tradisi perkahwinan orang Melayu.

Noor Ismalia & Khairul Nizam


Noor Ismalia & Khairul Nizam telah selamat diijab kabulkan di kediaman pengantin perempuan di Jalan Seroja, Felda Nitar 2, Mersing, Johor; pada 14 & 15 Disember 2007.

Noorsa'adah & Nadzir

8 & 9 Disember 2007 berlangsungnya Majlis Akad Nikah & Persandingan Noorsa'adah & Nadzir penuh gilang-gemilang dengan pertunjukkan bunga api dan persembahan zapin di Bt31/2 Kg. Tenglu, Mersing, Johor.
Tambah meriah dengan kehadiran sanak-saudara dari Negara Brunei Darul Salam.

Mazni & Shah

Majlis Perkahwinan Mazni & Shah diadakan pada 1 & 2 Disember 2007.
Suasana meriah majlis di perkampungan Felda Nitar 2, Mersing, Johor.
Perarakan kedua mempelai dari Timotel Mersing, hingga ke rumah pengantin lelaki menggamatkan suasana. Pada majlis ini saya dan anak saya bertindak sebagai jururakam video sahaja namun sempat juga saya menambil beberapa shot yang menarik khusus untuk dimasukkan ke dalam video pengantin.

Norazwiena & Tengku Taufiq


Majlis Perkahwinan Tengku Taufiq & Norazwiena berlangsung dengan meriahnya di Jalan Ibrahim, Mersing Kecil, Mersing. Johor.

Kehadiran sanak saudara dari kedua-dua belah pihak memeriahkan lagi suasana majlis.

Suhaimi & Ashimah


Majlis Menyambut Menantu antara Ashimah & Suhaimi berlangsung di Rumah Kilat, Mersing Kecil, Mersing pada 27 Oktober 2007.

Ashimah & Suhaimi


Majlis perkawinan paling lama yang pernah saya menjadi jurufoto rasminya iaitu 3 hari dua malam. Pasangan pinang dibelah dua ini ialah Ashimah dan Suhaimi. Bermuala pada 19 Oktober 2007, Majlis Akad Nikah, 20 Oktober Majlis Berinai Besar & 21 Oktober Majlis Persandingan. Majlis meriah suasana perkampungan Sugai Muka Dua, Mersing.

Farida Hanum & Hellmi

Taman Seri Pantai, Mersing, lokasi Majlis Perkahwinan antara Farida Hanum & Hellmi. Majlis berlangsung dengan meriahnya tanggal 25 Ogos 2007.

Halijah & Amriza

Majlis Perkahwinan antara Halijah & Amriza di Gelang Patah, Johor, diadakan pada 18 & 19 Ogos 2007. Tempahan awal selama 4 bulan telah diberikan kepada saya sebagai jurufoto dan jururakam video.
Seperti biasa saya akan menjadi jurufoto dan anak saya Ahmad Shah akan menjalankan tugasnya sebagai jururakam video. Terima kasih kepada anda berdua kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk merakam saat bahagia anda berdua.

Rozaini & Sharil

Kira-kira 27 tahun lalu saya telah mengambil foto perkahwinan ibu dan bapa kepada Rozaini (pengantin perempuan) semasa majlis perkahwinan mereka. Kini tanggal 22 Julai 2007 saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi jurufoto rasmi bagi majlis perkahwinan anak mereka iaitu Rozaini dengan pasangannya Sharil.

Alina & Izwan


8 Julai 2007 ada tarikh keramat bagi Alina dan pasangannya Izwan diijab kabulkan dan dipersandingkan. Majlis ini berlangsung dengan meriahnya di Kawasan Perumahan Pegawai Felda Nitar 2, Mersing, Johor.

Azly & Norazlina

Pada 17 Jun 2007 sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menjadi jurukamera rasmi bagi Majlis Menyambut Menantu Azly & Norazlina oleh keluarga Azly.

Norazlina & Azly

Norazlina & Azly yang mana Majlis Perkahwinan mereka telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 8 & 9 Jun 2007 di Teluk Buih, Kg. Air Papan, Mersing, Johor.

Sabri & Lily

Saya telah dihubungi oleh pemilik VT Logistic, sebuah syarikat pengangkutan barang untuk menjadi jurufoto rasmi bagi satu majlis perkahwinan di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Saya difahamkan bahawa pengantin laki-laki dalam Majlis Menyambut Menantu ini merupakan salah seorang pegawai di syarikat tersebut.
Majlis ini selamat berlangsung pada 3 Jun 2007.

Norizan & Arzeli

Pada 1 Jun 2007, di Felda Kratong, Pahang, Arzeli & Norizan telah selamat diijab kabulkan dan pada 2 Jun 2007 pula diadakan Majlis Persandingan. Ramai ahli keluarga dan sahabat handai jauh dan dekat datang berkunjung.

Fidah & Azli

Azli & Fidah telah selamat melangsungkan perkawinan mereka di Felda Kahang Barat pada 26 Mei 2007.
Majlis Akad Nikah diadakan di masjid dan majlis persandingan diadakan di rumah pengantin perempuan.

Kamarziyah & Abdul Alim

Pada 28 April 2007 saya telah dijemput untuk merakamkan hari pernikanhan & persandingan antara Abdul Alim & Kamarziyah di Kg. Tenglu Laut, Mersing, Johor
Majlis Menyambut Menantu ini saya rakamkan pada 8 April 2007 di Felda Kahang Timur sebagi jurukamera utama.

Zalinda & Nizam

Di Majlis Perkahwinan antara Nizam & Zalinda ini saya telah di undang sebagai jurufoto rasmi bagi pasangan ini yang selamat berlangsung pada 12 Mac 2007 di Benut, Johor.

Azhar & Lilie

Majlis Menyambut Menantu ini dilansungkan di rumah En. Ali Bachok, Mersing Kecil, Mersing, Johor pada 16 Disember 2006, antara Saudara Azhar dan pasangannya Saudari Lilie.
Sebetulnya saya adalah jururakam video yang diundang oleh En. Ali dan keluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails