Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Ahad, 27 Jun 2010

Mohamad Khairel & Zaimah

Majlis menyambut menantu ini berlangsung di Jalan Mahkota, Mersing Kecil, Johor. En. Mohtar Kinin & Pn. Maimon Ismail menyambut kedatangan menantunya Zaimah Masilah yang telah bernikah dengan anak lelaki mereka Mohamad Khairel Mohtar. Pelamin pengantin yang sungguh cantik dan luas. Amat mudah bagi saya menjalankan tugas sebagai jurufoto di majlis ini. Meja makan pengantin juga di hias cantik.

Sebenarnya Pn. Maimon juga merupakan seorang juruandam yang terkenal di daerah ini. Mohamad Khairel, anak beliau juga merupakan seorang jurufoto perkahwinan yang disegani di sini.

Oleh itu, majlis ini merupakan salah satu majlis perkahwinan yang istimewa pernah saya sertai. Barisan petugas, jiran tetangga, sahabat handai serta saudara mara yang turut meraikan majlis ini. Pasangan pengantin ini tiba pada jam 2:15 petang dengan diiringi paluan kompang. Persembahan seni silat turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Adik perempuan kepada pengantin lelaki tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat seni silatnya. Majlis bertambah meriah apabila kedua mempelai memberi "duit tol" kepada para petugas di majlis perkahwinannya. Sampai nak naik pelamin pun diberikannya "duit tol".

Ini adalah salah satu kelainan dalam majlis menyambut menantu kali ini. Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh AJK Badan Kebajikan Surau Mersing Kecil bagi memohon keberkatan serta rahmat dariNya buat kedua-dua mempelai. Acara menepung tawar dimulakan oleh bapa pengantin perempuan yang turut sama hadir. Diikuti pula oleh ibu kepada pengantin perempuan. Tidak ketinggalan juga oleh ibu pengantin lelaki. Serta bapa pengantin lelaki. Selain dari itu juga oleh sanak-saudara dan rakan taulan daripada kedua-dua pihak pengantin. Kek pengantin 3 tingkat menandakan anak ke tiga & bilangan yang ke tiga anak-anak En. Mohtar & Pn. Maimon telah berumah tangga. Majlis menjadi gamat apabila raja sehari menyuapkan potongan kek kepada adik perempuannya. Rombongan keluarga pengantin perempuan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di majlis ini. Rakan-rakan pengantin yang turut sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Bersama dengan pengiring pengantin lelaki. Bergambar bersama ibu dan bapa pengantin lelaki. Adik beradik pihak pengantin lelaki. En. Mohtar bersama anak perempuannya. Sebahagian daripada keluarga besar En. Mohtar & Pn. Maimon. Ruang yang luas amat mudah untuk tugasan ini. Berikut ini adalah sebahagian pose-pose yang menarik oleh pengantin.


Antara barisan petugas yang turut membantu dan menjayakan majlis perkahwinan anak En. Mohtar & Pn. Maimon. Terima kasih semua.
Pose terakhir daripada pengantin.
Saya daripada Shah Foto mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Mohamad Khairel serta pasangannya Zaimah. Semoga kehidupan anda berdua berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Ahad, 13 Jun 2010

Man & Fiza

13 Jun 2010, aku menerima undangan Majlis Menyambut Menantu di Kg. Peramu, Kuantan, Pahang. Majlis bagi meraikan putera kepada En. Wan Husain Bin Wan Min dan isterinya Pn. Kamariah Binti Abdullah iaitu Saudara Wan Mohd Nuriman serta pasangannya Roshafizah Binti Mansor.

Ketibaan pengantin yang diraikan berserta rombongan dari pihak pengantin perempuan.
Langkah tersusun atur menuju ke rumah pengantin lelaki.
Melangkah masuk ke dewan santapan raja sehari.

Sebahagian daripada jemputan di malis berkenaan. Majlis jemputan makan ini berlanjutan hingga ke malam.
Man segak berbaju tradisional Melayu.
Tak kurang juga Fiza dengan kebaya moden berwarna silver.



Ehhh... biar betul Fiza. Tercekek kawan tu...
Pengantin lelaki bersama ayahandanya En. Wan Husain.

Macam pelakon filem Hindi.
Alah hai... manjanya diaaa...
Kek Pengantin.
Potong kek.

Turut dibantu oleh ibu saudara pengantin lelaki.


Acara menyuap kek pengantin.

Mehhh... makan.... sedap nii...
Emmm...
Pehhh... kenyangnya...


Bersama bapa saudara pengantin lelaki.


Turut meraikan majlis ini ialah ninda & bonda saudara kepada pengantin lelaki.
Saya daripada Shah Foto & keluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Man & Fiza semoga kekal hingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails