Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Sabtu, 27 Jun 2009

Nurul Hajar & Mohd Mubarak

Majlis Akad Nikah anakanda bagi pasangan Mahyudin Shamsudin & Rahimah Taib telah selamat berlangsung di Surau Mersing Kecil pada jam 9:00 malam 26 Jun 2009.
Nurul Hajar yang berwalikan bapanya telah diijabkabulkan dengan Mohd Mubarak Taib.
Majlis Akad Nikah ini turut dihadiri oleh sanak saudara, sahabat handai serta jiran tetangga. Di majlis ini saya di undang sebagai juruvideo rasmi.

Majlis Resepsinya pula diadakan pada jam 2:30 petang, 27 Jun 2009 di rumah pengantin perempuan No. 10 R/K Jalan Mahkota, Mersing Kecil, Mersing, Johor.
Majlis ini turut meriah dengan kehadiran para jemputan. 5 periuk besar nasi habis oooo...... Terima kasih tukang masak kita...
Bapa & ibu pengantin sebuk melayan para jemputan.... tak kering peluh.... bapa pengantin 6 jam tak duduk... katanya pada saya.
Pasangan pengantin Aja & Barak bagai pinang dibelah dua, sama padan, sama cantik.
Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat, amin.

Isnin, 8 Jun 2009

Ridhuan & Nor Sahizatul Azawiah

Majlis Pernikahan antara Ridhuan Shah Mohammed Salleh & Nor Sahizatul Azawiah Md. Salleh telah selamat disempurnakan pada jam 9:00 malam; 6 Jun 2009 di rumah pengantin perempuan. Majlis ini turut dihadiri oleh sanak saudara serta jiran tetangga.


Pada jam 2:30 petang 7 Jun 2009 pula dilangsungkan Majlis Persandingan yang turut dihadiri oleh para jemputan. Suasana majlis sungguh meriah ditambah pula dengan acara cabutan nombor bertuah yang ditaja oleh tuan rumah.
Best ambil foto pengantin ni... pandai posing...
Kepada tuan rumah, Puan Jumirah dan En. Zul Husni saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Kepada kedua-dua mempelai, saya doakan anda berbahagia hingga ke akhir hayat, amin...

Mohd Shukur & Hamidah


Tanggal 7 Jun 2009 Pn. Jumirah Hj. Marzuki telah mengadakan majlis menyambut menantunya; Hamidah Hamdan yang telah mendirikan mahligai bahagia bersama anakandanya Mohd Shukur Md Salleh.

Majlis ini telah selamat disempurnakan di No 223, Jalan Kiambang, Taman Sri Mersing, Johor.

Nor & Man

Majlis Akad Nikah antara Osman Badawi dengan pasangannya Nur Akmal Bahari telah selamat disempurnakan di Surau Taman Intan pada jam 9:00 malam 6 Jun 2009.
Manakala Majlis Persandingannya pula diadakan pada 7 Jun 2009 jam 2:00 petang
Foto Wedding ini diambil oleh anak saya Ahmad Shah.
Selamat Pengantin Baru, Nor & Man semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Ahad, 7 Jun 2009

Normasitah & Jaafar



Majlis Pertunangan antara En. Jaafar Idris dengan pasangannya Cik Normasitah Abu Bakar telah selamat dilangsungkan di rumah pihak perempuan di Taman Nelayan Mersing.



Tepat jam 2:30 petang rombongan pihak lelaki telah selamat sampai dan menyampaikan hajat mereka. Kata sepakat telah terpatri.
Selamat melangsungkan gerbang perkahwinan nanti dan jangan lupa jemput saya...

Rabu, 3 Jun 2009

Aini & Assary

Tanggal 29 Mei 2009 Majlis Akad Nikah antara pasangan Nor Aini Binti Alias dengan Assary Bin Ayob telah selamat dijalankan di Masjid Felda Kratong Dua pada jam 5:00 petang.

Di sebelah malamnya pula dilangsungkan acara Berinai Besar dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat.


Pada 30 Mei 2009 dilangsungkan pula Majlis Persandingan pasangan ini. 3 ekor lembu tumbang ooo... Jemputan peh.. punyalah ramai... grand habis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails