Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Memaparkan catatan dengan label Majlis Pertunangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Pertunangan. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

Majlis Pertunangan Munawarah & Firdaus

Tanggal 1 Mei 2011, telah berlangsung dengan sempurna majlis pertunangan antara Munawarah Binti Salleh dengan pasangannya Muhamad Firdaus Bin Nordin di Taman Wawasan Mersing.

Tepak sirih masih relevan dalam adat istiadat orang Melayu.


Sebentuk cincin emas tanda ikatan dua hati.


Anggunnya Munawarah




Bersama barangan balasan kepada pihak lelaki.


Majlis yang berlangsung agak sederhana dan dihadiri oleh sanak saudara serta rakan rapat dari kedua-dua pihak lelaki & perempuan.


Cincin disarungkan sendiri oleh ibu pihak lelaki iaitu Pn. Hasnah Binti Othman.




Munawarah bergambar kenangan bersama barangan hantaran daripada pihak lelaki beserta barangan balasan daripada pihaknya.


Wajah-wajah ceria.



Di atas permintaan tuan rumah, diadakan majlis tahlil ringkas memohon keberkatan dari Illahi.



Setelah majlis tahlil berlangsung para tetamu dijamukan dengan hidangan nasi putih (perghh.... sambal belacannya memang "POWER").





Bersama adinda yang dikasihi.



Bersama bonda yang disayangi.


Bersama bakal suami hasil pertemuan di FaceBook.




Bersama adik, ibu serta kakak ipar.




Bergambar kenangan bersama bakal mertua.


Saya dari Shah Foto mengucapkan Selamat Bertunang kepada Daus & Muna serta jangan lupa menjemput kami sebagai jurufoto rasmi di hari majlis perkahwinan anda nanti.

Rabu, 17 Februari 2010

Norly & Ejat

Norliyana Binti Kamarludin & Khairul Aizat Bin Kamarudzzaman telah selamat ditunangkan di rumah keluarga Norly di Kg. Air Merah, Mersing, pada 14 Februari 2010.



Rombongan pihak lelaki telah selamat sampai di rumah Norly pada jam 11:30 pagi.

Rombongan pihak lelaki diiringi dengan 7 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin merisik dan sebentuk cincin tanda pertunangan.


Majlis pertunangan ini diadakan dengan penuh rasa kemesraan dan adat orang Melayu.

Cincin merisik dan cincin tanda pertunangan dari pihak lelaki.

Perbincangan diadakan sehingga tercapai kata sepakat.

RM 7,777.77 sebagai hantaran, 11/12/2010 hari pernikahan dan 12/12/2010 hari persandingan; telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Doa kesyukuran di panjatkan, tanda majlis berjalan lancar.

Cincin disarungkan oleh ibu pihak lelaki tanda restu orang tua kedua-dua pihak.

Doa restu dipohon kepada bakal mertua.

Norly bergambar kenangan bersama keluarga pihak lelaki.

Barang iringan pihak lelaki serta barang balasan dari pihak perempuan.

Pasangan Khairul Aizat & Norliyana.

Bergambar kenangan bersama ibu, bapa dan bakal mertua.

Ahad, 7 Jun 2009

Normasitah & Jaafar



Majlis Pertunangan antara En. Jaafar Idris dengan pasangannya Cik Normasitah Abu Bakar telah selamat dilangsungkan di rumah pihak perempuan di Taman Nelayan Mersing.



Tepat jam 2:30 petang rombongan pihak lelaki telah selamat sampai dan menyampaikan hajat mereka. Kata sepakat telah terpatri.
Selamat melangsungkan gerbang perkahwinan nanti dan jangan lupa jemput saya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails