Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Isnin, 8 Jun 2009

Ridhuan & Nor Sahizatul Azawiah

Majlis Pernikahan antara Ridhuan Shah Mohammed Salleh & Nor Sahizatul Azawiah Md. Salleh telah selamat disempurnakan pada jam 9:00 malam; 6 Jun 2009 di rumah pengantin perempuan. Majlis ini turut dihadiri oleh sanak saudara serta jiran tetangga.


Pada jam 2:30 petang 7 Jun 2009 pula dilangsungkan Majlis Persandingan yang turut dihadiri oleh para jemputan. Suasana majlis sungguh meriah ditambah pula dengan acara cabutan nombor bertuah yang ditaja oleh tuan rumah.
Best ambil foto pengantin ni... pandai posing...
Kepada tuan rumah, Puan Jumirah dan En. Zul Husni saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Kepada kedua-dua mempelai, saya doakan anda berbahagia hingga ke akhir hayat, amin...

Mohd Shukur & Hamidah


Tanggal 7 Jun 2009 Pn. Jumirah Hj. Marzuki telah mengadakan majlis menyambut menantunya; Hamidah Hamdan yang telah mendirikan mahligai bahagia bersama anakandanya Mohd Shukur Md Salleh.

Majlis ini telah selamat disempurnakan di No 223, Jalan Kiambang, Taman Sri Mersing, Johor.

Nor & Man

Majlis Akad Nikah antara Osman Badawi dengan pasangannya Nur Akmal Bahari telah selamat disempurnakan di Surau Taman Intan pada jam 9:00 malam 6 Jun 2009.
Manakala Majlis Persandingannya pula diadakan pada 7 Jun 2009 jam 2:00 petang
Foto Wedding ini diambil oleh anak saya Ahmad Shah.
Selamat Pengantin Baru, Nor & Man semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Ahad, 7 Jun 2009

Normasitah & Jaafar



Majlis Pertunangan antara En. Jaafar Idris dengan pasangannya Cik Normasitah Abu Bakar telah selamat dilangsungkan di rumah pihak perempuan di Taman Nelayan Mersing.



Tepat jam 2:30 petang rombongan pihak lelaki telah selamat sampai dan menyampaikan hajat mereka. Kata sepakat telah terpatri.
Selamat melangsungkan gerbang perkahwinan nanti dan jangan lupa jemput saya...

Rabu, 3 Jun 2009

Aini & Assary

Tanggal 29 Mei 2009 Majlis Akad Nikah antara pasangan Nor Aini Binti Alias dengan Assary Bin Ayob telah selamat dijalankan di Masjid Felda Kratong Dua pada jam 5:00 petang.

Di sebelah malamnya pula dilangsungkan acara Berinai Besar dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat.


Pada 30 Mei 2009 dilangsungkan pula Majlis Persandingan pasangan ini. 3 ekor lembu tumbang ooo... Jemputan peh.. punyalah ramai... grand habis...

Sabtu, 2 Mei 2009

Imee & Ahmad

Majlis Pernikahan & Persandingan antara Imee Suraya binti Hassan dengan pasangannya Ahmad bin Abdul Aziz telah selamat berlangsung pada 2 Mei 2009.
Upacara Akad Nikah telah selamat disempurnakan di Masjid Jamek Daerah Mersing pada jam 10:30 pagi.

Manakala Majlis Persandingan pula diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing pada jam 2:30 petang.Majlis perkahwinan pasangan ini turut dimeriahi oleh ramai jemputan undangan, sanak saudara, rakan taulan dari jauh dan dekat.

Jumaat, 27 Mac 2009

Suhaimi

Jumaat 20 Mac 2009, takde pe nak buat, Ezreen Talib, member dr J.B. ajak join shoot di Taman Sri Mersing. Aku on aje...

Ahad, 15 Mac 2009

Hafizah & Haizul


Majlis Pernikahan & Persandingan antara Norhafizah binti Mohamed Raos & Mohd. Haizul bin Jumayin telah selamat berlansung pada 15 Mac 2009. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan di km 8, Jalan Endau, Kg. Tenglu, Mersing, Johor.


Macam Misha Omar

Bersama kakak pengantin, masih single....

Sabtu, 14 Mac 2009

Najib & Nur Syazwana

Tanggal 14 Mac 2009, satu Majlis Akad Nikah telah selamat berlangsung di Masjid Tanjung Gemok, Rompin, Pahang, pada jam 12:00 tengahari antara Md. Najib bin Abu Bakar dan pasangannya Nur Syazwana Willistinie binti Abdullah, yang turut dihadiri oleh sanak saudara terdekat.

Manakala Majlis Persandingannya pula diadakan pada 15 Mac 2009, di Kg. Kasing, Kuala Rompin, Pahang.
Pasangan pengantin ini akan berbulan madu di Afrika Selatan. Fuyoo... jauh tuu....

Ahad, 8 Mac 2009

Rozita & Abd Rahman

Majlis Perkahwinan antara Rozita Bt. Hamzah bersama pasangannya Abd Rahman B. Abd Hamid telah selamat berlangsung pada 7 & 8 Mac 2009 di Taman Lautan Biru, Mersing, Johor. Pasangan ini mengenali antara satu sama lain semenjak dibangku persekolahan lagi. Kini mereka telah selamat dijodohkan dengan restu kedua-dua keluarga. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails