Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Jumaat, 11 Jun 2010

Rahayu & Halim

Tepat jam 3:00 petang 11 Jun 2010, Rahayu Binti Abd. Ghani dengan pasangannya Abd. Halim Bin Mansor diijabkabulkan di Km 6, Kg. Tenglu, Jalan Endau, Mersing, Johor.


Bapa pengantin perempuan En. Abd. Ghani Bin Abdullah mewakilkan pernikahan anakandanya kepada jurunikah kawasan berkenaan.
Upacara ijab kabul ini berlansung dengan sekali lafaz sahaja.
Doa selamat & kesyukuran selepas upacara ijab kabul yang turut dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.


Disebelah malamnya pula, aturcara majlis bermula dengan persandingan berpakaian tradisional Melayu. Warna kuning menjadi pilihan Raja Sehari ini.



Sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua.
Wajah ceria pengantin lelaki, En. Abd Halim.

Pada jam 12:20 tengahari 12 Jun 2010, pengantin lelaki berserta rombongannya tiba dengan paluan kompang untuk menghadiri majlis persandingan dan makan beradap.
Upacara memotong kek pengantin.
Pasangan pengantin ini bertambah anggun dengan pakaian tradisional Melayu berwarna unggu ini.

Keris dihunus menandakan aku sudah bersedia memikul tanggungjawabku sebagai seorang suami dan bakal bapa kepada anak-anakku kelak.Romantisnya pasangan ini.
Wajah ayu pengantin perempuan, Pn. Rohayu.
Doa Untuk Pengantin
“Ya Allah, satukanlah hati mempelai ini Rohayu & Abd. Halim dengan iman, taqwa dan keyakinan padaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Mewahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman dan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal alamin.”
Saya daripada Shah Foto mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ayu & Halim serta mendoakan anda berdua kekal hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails