Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Jumaat, 27 Mac 2009

Suhaimi

Jumaat 20 Mac 2009, takde pe nak buat, Ezreen Talib, member dr J.B. ajak join shoot di Taman Sri Mersing. Aku on aje...

Ahad, 15 Mac 2009

Hafizah & Haizul


Majlis Pernikahan & Persandingan antara Norhafizah binti Mohamed Raos & Mohd. Haizul bin Jumayin telah selamat berlansung pada 15 Mac 2009. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan di km 8, Jalan Endau, Kg. Tenglu, Mersing, Johor.


Macam Misha Omar

Bersama kakak pengantin, masih single....

Sabtu, 14 Mac 2009

Najib & Nur Syazwana

Tanggal 14 Mac 2009, satu Majlis Akad Nikah telah selamat berlangsung di Masjid Tanjung Gemok, Rompin, Pahang, pada jam 12:00 tengahari antara Md. Najib bin Abu Bakar dan pasangannya Nur Syazwana Willistinie binti Abdullah, yang turut dihadiri oleh sanak saudara terdekat.

Manakala Majlis Persandingannya pula diadakan pada 15 Mac 2009, di Kg. Kasing, Kuala Rompin, Pahang.
Pasangan pengantin ini akan berbulan madu di Afrika Selatan. Fuyoo... jauh tuu....

Ahad, 8 Mac 2009

Rozita & Abd Rahman

Majlis Perkahwinan antara Rozita Bt. Hamzah bersama pasangannya Abd Rahman B. Abd Hamid telah selamat berlangsung pada 7 & 8 Mac 2009 di Taman Lautan Biru, Mersing, Johor. Pasangan ini mengenali antara satu sama lain semenjak dibangku persekolahan lagi. Kini mereka telah selamat dijodohkan dengan restu kedua-dua keluarga. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Jumaat, 30 Januari 2009

Rizal & Nurul

Majlis Menyambut Menantu antara Noor Shahrizal & Nurul Syuhaidah telah selamat berlansung di Kg. Sg. Padang Endau, Johor dalam suasana yang meriah pada 25 Januari 2009. Terima kasih Pn. Hjh. Rokiah sekeluarga serta saudara Azeli Azman serta isteri beliau Pn. Norshaleyna Hj Mohamad.

Selasa, 9 Disember 2008

Norlie & Nazri




Saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi jurufoto rasmi bagi pasangan ini setelah memberikan perkhidmatan semasa majlis pertunangan mereka yang lalu. Pasangan Norlie & Nazri telah selamat menyempurnakan majlis perkahwinan mereka pada 20 Oktober 2008 di Rompin, Pahang.

Safiah & Muhayat



Safiah & Muhayat telah melansungkan majlis perkahwinan mereka pada 17 Ogos 2008 di Bukit Pedoman, Mersing.

Nurul Mokhtar


15 Ogos 2008 pasangan ini selamat diijab kabulkan dan pada 16 Ogos 2008 diadakan pula majlis persandingan di Taman Seri Mersing, Mersing, Johor.

Nur Aizah & Zulkhairi

Tanggal 8 & 9 Ogos 2008 lalu pasangan Nur Aizah & Zulkhairi telah selamat diijab kabulkan dalam suasana penuh kemeriahan. Selepas upacara akad nikah kedua mempelai disandingkan untuk upacara berinai pula. Keesokkan harinya diadakan majlis persandingan dan makan beradap.

Farhan & Izura

Bibit cinta antara jejaka keturunan Arab dan pasangannya seorang gadis Melayu telah mengikat mereka hingga ke jinjang pelamin. Farhan & Izura telah disambut mesra oleh keluarga pihak lelaki dalam Majlis Menyambut Menantu pada 5 Julai 2008.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails