05 Jun 2010 adalah hari yang paling bahagia bagi Kasmah Binti Daut dengan pasangannya Mohd Riduan Bin Mat Sari kerana pada tarikh keramat ini mereka telah selamat diijab kabulkan.
Majlis perkahwinan ini bertempat di Jalan Kangkung, Taman Sri Nakhoda, Mersing.
Sanak saudara dari kedua-dua pihak mempelai telah sama-sama meraikan majlis akad nikah yang dijalankan pada jam 8:45 malam.
Bacaan doa selamat untuk pengantin dan hadirin disempurnakan oleh Tuan Imam Masjid Jamek Mersing selaku jurunikah di majlis tersebut.
Ciuman pertama sang suami untuk isterinya yang tercinta.
Di majlis ini turut diserikan lagi dengan acara berinai besar oleh ibu, ibu mertua serta sanak saudara terdekat.
Majlis persandingan diadakan pada 06 Jun 2010. Jam 2:30 petang rombongan pengantin lelaki selamat sampai dengan diiringi paluan kompang.
Pilihan hati Kasmah merupakan seorang anggota Polis yang bertugas di daerah ini.
Kasmah kelihatan lebih anggun dengan pakaian ala Hindi.
Tak kurang juga dengan pakaian ala Jepun.
1 ulasan:
wah...cantek giler!!!nanti wawa ngan tyrah pown nak cm tuwh gak ar....hehe
Catat Ulasan