Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Sabtu, 5 Jun 2010

Kasmah & Riduan

05 Jun 2010 adalah hari yang paling bahagia bagi Kasmah Binti Daut dengan pasangannya Mohd Riduan Bin Mat Sari kerana pada tarikh keramat ini mereka telah selamat diijab kabulkan.

Majlis perkahwinan ini bertempat di Jalan Kangkung, Taman Sri Nakhoda, Mersing.
Sanak saudara dari kedua-dua pihak mempelai telah sama-sama meraikan majlis akad nikah yang dijalankan pada jam 8:45 malam.

Bacaan doa selamat untuk pengantin dan hadirin disempurnakan oleh Tuan Imam Masjid Jamek Mersing selaku jurunikah di majlis tersebut.
Ciuman pertama sang suami untuk isterinya yang tercinta.
Di majlis ini turut diserikan lagi dengan acara berinai besar oleh ibu, ibu mertua serta sanak saudara terdekat.

Majlis persandingan diadakan pada 06 Jun 2010. Jam 2:30 petang rombongan pengantin lelaki selamat sampai dengan diiringi paluan kompang.

Pilihan hati Kasmah merupakan seorang anggota Polis yang bertugas di daerah ini.

Kasmah kelihatan lebih anggun dengan pakaian ala Hindi.

Tak kurang juga dengan pakaian ala Jepun.

Pengantin dengan pakaian tradisional Jawa.

Atas permintaan pengantin, aku diminta outdoor shooting. Jadi pengambaran ini dilakukan di kawasan tepi pantai Mersing, berhadapan Pulau Batu Cawan. (Teringat pula cerita Seri Mersing, lakonan Nordin Ahmad sedang berdayung sampan.)
Macam Seri Mersing dengan Rompin. Nasib baik Bentayan takde. Kalau tak mau bersilat pengantin lelaki kita nii...
Saya dari Shah Foto mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kasmah serta Riduan dan kekal sehingga ke akhir hayat.

1 ulasan:

Unknown berkata...

wah...cantek giler!!!nanti wawa ngan tyrah pown nak cm tuwh gak ar....hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails