Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Ahad, 24 Januari 2010

Salina & Sabtu

Salina Binti Abu Bakar dengan pasangannya Sabtu Bin Othman telah selamat diijab kabulkan di Taman Nelayan, Mersing. Salina adalah puteri Pak Bakar seorang pengusaha nasi lemak yang terkenal di daerah Mersing.




Bergambar kenangan bersama abang, Saudara Anuar seorang pengusaha kedai runcit.

Foto shoot kali ini turut di bantu oleh puteraku Ahmad Shah.

Hantaran dari pihak lelaki.


Walau pun rakyat negeri Johor sedang berkabung atas kemangkatan Baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar, namun majlis pernikahan yang telah dirancang awal perlu dilaksanakan juga.

Pak Bakar mewakilkan wali kepada juru nikah.


Akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz sahaja.

Fuhh... lega... dengan pak imam sekali legaaa.....

Doa selamat untuk pengantin.



Ini adalah mas kahwin adindaku yang tercinta sebanyak RM 22.50 tunai.

Cincin perkahwinan ini, tanda kau sudah berpunya.
Ciuman tanda kasihku padamu, isteriku. Terimalah aku seadanya seperti aku menerimamu seadanya.

Bersalaman antara kedua-dua pihak keluarga.



Bergambar kenangan bersama mertua.

Bergambar kenangan bersam ibu, ayah dan adik.

Bergambar kenangan bersama abang, adik serta anak buah.


Bersama anak buah kesayangan.




Hari paling bahagia dalam hidupku.

Selamat pengantin baru diucapkan buat Sal & Sabtu. Terima kasih kerana mengundang kami sebagai jurufoto rasmi di majlis pernikahan anda.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails