Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Isnin, 18 Januari 2010

Nieda & Farhan

Tanggal 15 Januari 2010 telah berlangsung majlis pernikahan antara Hasnidar Aziz & Ahmad Farhan Azizan di Surau Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur, pada jam 5:00 petang.


Mas Kahwin serta cincin perkahwinan kedua mempelai.
Antara hadirin yang turut sama meraikan majlis pernikahan pasangan tersebut.

Segaknya pengantin lelaki.
Jelitanya pengantin perempuan.


En. Aziz Jaafar menikahkan sendiri anaknya Hasnidar dengan pasangannya Ahmad Farhan.
Hati seorang ayah, walau pun gembira di hari perkahwinan anakandanya tetapi tetap berasa sedih kerana terpaksa melepaskan anak gadisnya.
Doa restu dari seorang ibu, Pn. Julia @ Kamsirah Jaimin.
Doa restu dari ibu mertuanya pula.
Hai, teringat aku masa muda dulu.... alaa...hai....


Ini kanda serahkan Mas Kahwin adinda tercinta.

Berbalas cincin perkahwinan, tanda kau sudah berpunya.

Terima kasih kekandaku.
Ciuman tanda kasih dan sayangku padamu.

Bergambar kenangan bersama ibu, bapa serta mertua.
Bergambar kenangan bersama kakak serta adik-adik.
Sama cantik sama padan, bagai pinang di belah dua.

***********************************************************

16 Januari 2010, Jam 8:00 pagi, bersiap untuk Majlis Khatam Al-Quran.
Si Kakak pun numpang make-up jugak ya?

Suasana di Majlis Khatam Quran.




Jam 11:00 pagi, persiapan bagi Majlis Resepsi yang akan berlangsung pada jam 12:30 tengahari.


Bersiap menyambut ketibaan Pengantin Lelaki.
Kedua mempelai diarak masuk ke atas pelamin dengan paluan kompang dan diiringi bunga manggar serta barang hantaran.
Raja Sehari di atas pelamin.
Acara menepung tawar dimulakan oleh bapa pengantin lelaki.
Diikuti oleh ibu pengantin lelaki.
Dan diakhiri oleh ibu dan bapa pengantin perempuan.




En. Aziz Jaafar tidak menang duduk kerana sibuk melayan para jemputan yang datang bertali arus. Meriah sungguh majlis perkahwinan ini. Makanannya pun emm..... sedap-sedap belaka. Terima kasih En. Aziz serta keluarga kerana sudi & memberi kepercayaan kepada kami sebagai jurugambar rasmi di majlis perkahwinan anak tuan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails