Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Selasa, 30 Mac 2010

Shariza & Qayyum

Pada 26 Mac 2010; jam 9:00 malam di Masjid Jamek Kg. Sri Pantai, berlansunglah majlis akad nikah antara Norshariza Binti Ayub dengan Abdul Qayyum Bin Abd. Jalil. Sebetulnya aku menggantikan tempat Ezreen Talib. Oleh kerana beliau tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebagai menggantikan tempatnya, maka aku menggalas tugasnya dengan sebaik mungkin.
Majlis akad nikah dijalankan oleh Utz Md. Suhaimi, dengan kehadiran ahli keluarga dari kedua-dua pihak.
Bacaan doa kesyukuran dipanjatkan sebaik sahaja lafaz ijab kabul disahkan oleh saksi akad.
Bacaan Lafaz Ta'liq oleh pengantin lelaki.
Penyerahan mas kahwin dari Qayyum kepada Shariza.

Dalam keluarga sakinah si ibu melafazkan & melepaskan tanggungjawab anaknya ini kepada menantunya.
Cincin berlian tanda kau sudah bersuami.

Cincin berlian ini disarungkan sendiri oleh ibu mentua pengantin perempuan.
Hadiah si suami kepada isterinya yang tercinta, seutas gelang emas tanda ingatan di hari pernikahan mereka.

Sebaik sahaja majlis akad nikah selamat dijalankan maka tibalah pula majlis berinai yang diadakan di rumah pengantin perempuan.
En. Abd. Jalil & isteri, mentua pengantin perempuan turut meraikan majlis berinai, tanda mereka merestui perkahwinan ini.


Turut tidak ketinggalan ibu serta abang kepada pengantin perempuan meraikan pengantin di malam majlis berinai tersebut. Si abang menginaikan satu-satu adik perempuannya.

Bergambar kenangan bersama pengantin turut tidak dilepaskan oleh dua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Turut menyerikan majlis ialah jiran tetangga.
Cantik dan berserinya kedua-dua mempelai bagai pinang dibelah dua.

Tak lepas juga untuk acara possing. 11:45 malam barulah aku dapat berehat setelah aktiviti posing memposing tamat. Terima kasih juga kepada juru andam yang banyak membantu aku dalam proses possing dan touch-up.

Hari ke-2, 27 Mac 2010, Majlis Persandingan.
Cutenya si gadis bunga yang akan mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Sebenarnya anak-anak gadis bunga ini adalah anak saudara kepada pengantin perempuan. Comelkan.
Biar pun panas tapi "Bang, satu bang kat sini" permintaan kakak ipar Shariza. Aku layan aje. Janji pelanggan berpuas hati.
Ketibaan Raja Sehari dengan paluan kompang, diarak hingga ke rumah pengantin perempuan. Suasana gamat; bila kena bayar TOL.
Opps.... intai sikit aje tau...
Mencium tangan suami, sebelum bersemayam di atas pelamin.
Seterusnya acara menepung tawar kepada mempelai.


Kak ipar pengantin perempuan turut tidak melepaskan peluang untuk menepung tawar pengantin.
Tetamu jemputan berbangsa Cina turut menepung tawar kedua-dua pengantin.
Kedua-dua mempelai ini diusik dan ditemu ramah oleh DJ yang bertugas. Menceritakan saat-saat di awal pertemuan mereka.
Bergambar kenangan bersama gadis bunga.

Warna merah & putih merupakan warna tema majlis perkahwinan ini.
Wow... kek 3 tingkat.






"Jangan pisahkan aku dan dia,
Tuhan tolonglah ku cinta dia ....."
Antara bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Shariza.
Shariza menyanyikan dua buah lagu yang ditujukan khas buat suaminya yang tercinta.



Saya dari Shah Foto merakamkan Selamat Pengantin Baru buat Shariza & Qayyum, semoga kekal hingga akhir hayat. Selamat menempuh alam berumah tangga.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails