Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Ahad, 26 September 2010

Maisara & Mohd Yusri

Pada 26 September 2010, telah berlangsungnya Majlis Persandingan antara Maisara Binti Khalid dengan pasangannya Mohd. Yusri Bin Mohd Yusa. Majlis perkahwinan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para jemputan serta saudara mara dari jauh dan dekat.
Ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya dengan iringan paluan kompang menyemarakkan lagi acara di majlis berkenaan.
Saudara Yusri segak bergaya dengan pakaian tradisional bangsawan Melayu.
Duduk sebentar di atas pelamin sebelum ke acara makan beradap.


Kek Pengantin.
Acara makan beradap dimulakan dengan menyuapkan minuman antara kedua-dua mempelai.


Seterusnya menyuapkan sesuap nasi.

Makan beradap ini turut disertai oleh wakil rombongan pengantin lelaki.
Seterusnya pasangan pengantin ini memotong kek perkahwinan mereka.


Mohd Yusri menyuapkan sepotong kecil kek kepada isterinya dan begitulah sebaliknya Maisara kepada suaminya.

Merenung jauh : Bermulalah episod anda sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab kepada suamimu.
Setelah acara makan beradap selesai serta menerima ucapan selamat dari para hadirin serta saudara mara, bermulalah pula acara bergambar kenangan di atas pelamin serta bilik pengantin di majlis perkahwinan mereka berdua.

Yusri berdiri segak di samping Maisara.


Maisara bertambah manis dengan kebaya moden.

Seterusnya antara pose-pose menarik pasangan pengantin ini.



Antara pose di bilik pengantin.

Doa untuk pengantin; Seandainya telah Engkau catatkan inilah jodoh yang terbaik buat mereka, dekatkanlah mereka, satukanlah hati mereka, titipkanlah kemesraan di antara mereka, agar kebahagianan itu abadi, seiringkanlah mereka melayari bahtera perkahwinan, jadikanlah mereka pasangan yang bahagian dan berkekalan selama-lamanya dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya Engkau berhak ke atas segalanya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sabtu, 18 September 2010

Syairah & Hafiz


Seminggu selepas Aidilfitri saya ke Ladang Selendang 3 atas perlawaan Harris dari NahamPhoto untuk photo shoot Majlis Perkahwinan antara Siti Nor Syairah Binti Anis dengan pasangannya Mohd Hafiz Bin Hamid.
Bapa pengantin perempuan En Anis Bin Bujang.
Upacara mewakilkan nikah kepada jurunikah.
Syairah anggun dengan baju pengantin warna peach.


Upacara akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz sahaja.
Syairah ditemani oleh sanak saudara terdekat.
Doa kesyukuran selepas pernikahan selesai disempurnakan.

Hafiz membaca takliq nikah dihadapan isterinya Syairah.
Tanda tangan surat pernikahan oleh kedua-dua pasangan pengantin.

Doa untuk pasangan pengantin baru.


Hadiah perkahwinan untuk isteri.
Mendengar nasihat dari jurunikah.

Ketibaan Raja Sehari dengan iringan bunga manggar.

Makan beradap.


Acara memotong Kek Pengantin.


Wajah ceria pasangan pengantin baru.
Ahli keluarga pengantin lelaki.

Possing di atas pelamin.
Sempat bergurau dengan isterinya.



Gambar kenangan bersama ahli keluarga pengantin perempuan.







Outdoor shooting di Pantai Chedoq.








Eeehhh beratnyaaa........




Pantainya cantik dan bersih.




Bergambar dengan kereta pengantin mengakhiri sesi foto outdoor. Saya dari Shah Foto serta Harris dari NahamPhoto mengucapkan Selamat Pengantin Baru serta ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami sebagai jurufoto di majlis perkahwinan anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails