Islamic Widget

Tips For Finding Wedding Photographer

Jumaat, 28 Mei 2010

Khairul & Aminah

Pada 28 Mei 2010 sekali lagi saya dijemput sebagai jurufoto untuk satu majlis perkahwinan antara Khairul Anwar Bin Jai Lani dengan pasangannya Aminah Binti Ramly. Majlis ini diadakan di KM 11, Jalan Endau, Kg. Tenglu, Mersing.

Wajah ceria pengantin perempuan.
Rombongan pengantin lelaki turut diiringi bersama sanak-saudara yang terdekat.


Upacara menyerahkan wali nikah kepada jurunikah oleh bapa pengantin perempuan.

Majlis akad nikah berlansung pada jam 10:00 malam dengan sekali lafaz sahaja.

Bacaan doa selamat oleh jurunikah.

Lafaz taklik oleh pengantin lelaki.
Mas kahwin pengantin perempuan.

Hadiah perkahwinan daripada Khairul Anwar kepada Aminah berupa seutas gelang emas dan 9 dulang barang iringan yang lain.

Kedua-dua mempelai mendengar nasihat daripada jurunikah.
Aminah bersama balasan hantarannya.

Saat yang paling bahagia dan bermakna dalam hidup pengantin perempuan.
Jamuan makan selepas majlis pernikahan.

Para tetamu berselera dengan hidangan yang disediakan.

Bergambar kenangan bersama barang hantaran dan balasan masing-masing.
Kek pengantin.

Biru dan putih tema majlis perkahwinan mereka.
Bergambar kenangan bersama sanak saudara pengantin lelaki yang turut sama mendoakan kesejahteraan mempelai yang diraikan.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Khairul Anwar & Aminah, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails